Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan rasa sedih dengan kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm Jalan Genting, Batang Kali, awal pagi tadi.<br /><br />Menerusi hantaran di Facebook, Baginda turut bertitah agar seluruh ahli keluarga mangsa bersabar dengan dugaan yang menimpa.
